Tanggal
16 Januari 2013 Jawatankuasa Sekolah Penyayang telah melaksanakan Program
Sekolah Penyayang. Aktiviti awal Program ini melibatkan aktiviti seperti
gotong-royong membersihkan luar kawasan sekolah, Salam Pagi dan Bacaan Yassin
oleh guru dan murid-murid.
Tujuan
Program diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih
sayang, prihatin, sikap tolenrasi, hemah tinggi dan lain-lain lagi dalam diri
murid-murid dan guru-guru. Di samping itu, program ini dilaksanakan bertujuan
untuk merealisasikan hasrat pihak sekolah dan waris dalam melahirkan insan
pelajar yang mempunyai minda kelas pertama.
Program ini telah dilancarkan oleh
Puan Busheroh bt. Ishak, Guru Besar SK Permatang Tok Dik di Dewan Sekolah.
Dalam ucapan ,beliau melahirkan hasrat agar semua murid dan guru dapat
memainkan peranan yang sewajarnya dalam menjayakan Program Sekolah Penyayang.
Beliau juga menyarankan agar semua warga SKPTD dan pihak waris mengambil
bahagian dalam aktiviti yang akan dilaksanakan.
Aktiviti
gotong-royong yang dilaksanakan pada pagi 16 januari telah melibatkan pihak guru dan waris.
Sambutan daripada pihak guru dan waris amat menggalakkan. Walaupun penat, namun
semuanya berpuas hati apa tah lagi
apabila melihat keadaan di luar pagar sekolah kelihatan lebih bersih dan
teratur.
Taklimat tentang Program Sekolah
Penyayang telah diadakan di dewan sekolah.Taklimat disampaikan oleh Puan Siti
Hahdijah bt. Ariffin. Guru-guru lain yang terlibat dalam menyampaikan saranan
termasuklah Puan Norliza bt. Md. Isa, Puan Nur Haraza bt. Ismail dan Encik
Mohd. Noor b. Othman. Dalam taklimat yang disampaikan , murid-murid diingatkan
supaya sentiasa peka dan mengambil berat tentang keceriaan dan kebersihan sekolah dengan rasa kasih sayang.
Aktiviti
Salam Pagi oleh guru bertugas dilaksanakan sebaik mungkin. Dengan konsep “Guru
Penyayang” , hal ini dapat direalisasikan. Guru Bertugas menyambut dan
bersalaman dengan murid-murid di hadapan pintu pagar utama sekolah.
Bacaaan
Yassin guru dan murid-murid dilakukan pada setiap pagi, dapat menerapkan nilai
estitika yang cukup unik. Di dalam kelas
guru masa pertama akan bersama-sama murid membaca doa dan membaca yassin.
Alamdulilah.
diharap program-program sebegini dapat menjalinkan ukhwah antara guru dan murid, guru dan waris dan sesama manusia.
No comments:
Post a Comment