Sunday 28 February 2021

Hari Pertama Persekolahan murid Prasekolah dan murid tahun 1&2

 1 MAC 2021

Hari pertama persekolahan untuk murid Tahun 1,Tahun 2,Kelas PPKI dan Pra Sekolah.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Bersemangat anak2 ke sekolah dengan pakaian sekolah yang baru.

Untuk waris murid tahun 1,pastikan anak masing2 memakai tali nama berwarna mengikut kelas masing2 sepanjang sesi persekolahan berlaku sementara menunggu nametag siap.Boleh rujuk guru kelas.setiap warna tali mewakili kelas yang berlainan.












Saturday 27 February 2021

Mask yang ditempah Khas untuk Anak² SKPTD

 Jangan lupa na,guna mask ni masa nak masuk sekolah nanti.

Untuk murid tahun 1,mask yang mcm ni akan diuruskan oleh guru kelas nanti.harap bersabar ya.

Untuk murid tahun 2 hingga 6,buka sekolah nanti pakai mask yang dah diberikan.




Cadangan Mengamalkan Kebersihan Waktu Pendemik

 Ini adalah CADANGAN dan BUKAN ARAHAN


Pihak sekolah mengharapkan agar para waris dapat menyediakan barang2 seperti gambar di bawah atau salah satu sebagai salah satu usaha untuk memastikan anak masing2 mengamalkan etika kebersihan pada tahap yang terbaik. 



Selamat Datang dan Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat datang dan selamat kembali ke skolah buat anak² permata SK Pematang Tok Dik. Ikhlas dr Guru besar , barisan pentadbiran dan semua guru-guru 











Khemah Menunggu selepas waktu persekolahan

 Memandangkan sekarang cuaca yang panas,Alhamdulillah khemah beserta kipas dan kerusi  telah disediakan buat anak2 murid permata tok dik untuk menunggu selepas waktu persekolahan.

Terima kasih kepada pihak PIBG SKPTD atas usaha untuk mendapatkan khemah ini dan juga YB AZMAN ADUN LUNAS atas sumbangan khemah.



Tuesday 23 February 2021

Sanitasi Kelas sebelum mula persekolah

 Sanitasi kelas

.

Pagi ini pihak sekolah menerima kunjungan daripada Bomba Sukarela Kulim dengan kerjasama Unit Tindakan Kedah Caw Kulim untuk program sanitasi kelas.

.

Semua bangunan disanitasi oleh pihak berkenaan.Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih

.


#PROUDTOKDIK 

#SKPTD 

#padangserai










Pendaftaran Online Murid tahun 1 2022&2023


 Pendaftaran online tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun  2022 & 2023 dibuka pada 1 Mac 2021 dan tutup pada 31 April 2021. Antara dokumen yang diperlukan semasa mengisi online seperti berikut: 


1) Buku vaksin. Key in tarikh2 vaksin diambil.

2) Surat beranak original & Mykid

3) Sijil kahwin / cerai / hak penjagaan

4) Slip gaji

5) IC parents

6) Gambar passport anak

7) Bil api/air

Kenal pasti sekolah dan code sekolah. Boleh google je nanti or call je sekolah tanya code sekolah untuk daftar. 


***Sila serahkan salinan pengisian online beserta dokumen yang dilampirkan ke sekolah setelah selesai daftar online.


Harap maklum


👇 Link untuk ke laman sesawang


https://public.moe.gov.my/



Sunday 31 January 2021

Buat Tatapan Murid Tahun 1 2021

Video ini dihasilkan untuk tatapan murid Tahun 1 2021 yang masih belum boleh bertemu di musim COVID19 ni... selamat menonton.. Creadit to Ustaz Iman



 

Tuesday 19 January 2021

NORMA BAHARU, SELAMAT KEMBALI BELAJAR ANAK-ANAK SK PERMATNG TOK DIK TAHUN 2021

 


Norma Baharu buat anak-anak SK Permatang Tok Dik, Teruskan Usaha & Tingkatkan Prestasi dalam pembelajaran, walaupun pembelajaran di alam maya kami pihak sekolah berharap semua dapat meneruskan perjuangan masing-masing. Sama-sama kita doakan supaya COVID-19 hilang.