Monday 13 July 2020

Makluman Pembukaan Semula SK Permatang Tok Dik

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

MAKLUMAT PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SK PERMATANG TOK DIK
(TAHUN 5 & 6 SAHAJA)

Tarikh.  : Mulai 15. JULAI 2020
Hari.      : RABU

1. Waktu Persekolahan :  Sesi Pagi

Ahad hingga Khamis : 7.30 pagi - 1.30 petang

#tertakluk kepada sebarang perubahan.

Untuk Tahun 1 hingga Tahun 4 

Tarikh   :Mulai 22 Julai 2020
Hari      :Rabu

2. Tiada sistem penggiliran,semua murid dikehendaki hadir setiap hari persekolahan.

Semua murid hendaklah mematuhi SOP Seperti berikut :

a. Murid dikehendaki hadir ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan bermula jam 7.00 pagi dan mengambil anak masing-masing pada 1.30 petang.

b. Murid dikehendaki memakai pelitup Muka/mask. Pelitup muka yang berfesyen tidak dibenarkan .

c. Murid digalakkan membeli makanan dari kantin

d. Ibu bapa disaran menyediakan wang kecil secukupnya untuk membeli makanan bagi mengelakkan pertukaran wang di kantin. Setiap menu yang dijual di kantin berharga RM 2

e. Murid yang bergejala seperti demam, batuk, selsema tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah .

f. Murid datang ke sekolah melalui pintu pagar utama sekolah  . Suhu badan murid akan diambil dan jika suhu melebihi  37.5 akan diarah pulang.

g. Murid dikehendaki membawa air mineral sendiri

h. Waktu Balik murid hanya dibenarkan melalui pintu pagar utama .

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih .