sejarah sekolah



SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK DIK



Sekolah ini mula dibuka  pada 23 julai 1927 (23 muharram 1346) dengan nama Sekolah Melayu Permatang Tok Dik.  Guru besarnya allahyarham Cikgu Muhammad Din Bin Muhamat (Pangkat II B) jumlah murid seramai 55 orang.
Pada tahun 1939 sekolah ini terpaksa ditutup kerana bilangan murid merosot.  Pihak ibu bapa telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengambil alih pentadbiran sekolah.
Pada tahun 1940 sekolah ini telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Tadbir kampung yang telah diketuai oleh Tuan Hj Wan Bin Teh bin Hj.Mohd Saman.  Sekolah ini dijadikan sebuah sekolah akyat.  Guru Besarnya ialah cikgu Muhamad bin Saad.  JawatanKuasa Tadbir kampung  terus mengelolakan sekolah ini sepanjang pemerintahan jepun.
Pada tahun 1950 jumlah murid bertambah kepada 168 orang.  Kerajaan telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini pada tahun 1951.  Cikgu  Abdul Hzamid bin Ahmad dilantik sebagai guru besar.  Hari ibu bapa yang pertama telah diadakan pada 22 Januari 1951.
Pada tahun 1962 sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan tambahan mengandungi enam buah bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah setor.  Menteri besar kedah YAB Allahyarham Dato’ Syed Omar telah berkenan merasmikan bangunan tambahan ini pada 23 Januari 1962.  Pada tahun 1963 dua buah kuartes telah dibina  di bahagian belakang kaeasan sekolah ini untuk penginapan kakitangan sekolah.
Pada tahun 1969 sebuah kantin dan sebuah bangunan tandas moden telah dibina.  Guru besarnya ialah cikgu HJ Md. Isa bin Yaacob.  Pada thun 1976 bangunan PIBG (sekarang dikenali Bangunan B) telah dibina dan  sebuah bangsal tempat letak basikal telah dibina pada tahun 1977.
Pada tahun 1955 jumlah kakitangan sekolah ini ialah 32 orang guru , seorang Pmbantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, dua orang Pembantu Awam dan seorang jaga.  Jumlah murid meningkat kepada 667.  Kini perubahan material dan fizikal sekolah semakin pesat demi menampung keperluan dan tuntutan pendidikan,  sehingga Oktober 2000 jumlah pelajar meningkat kepada 732 orang.



Pintu Pagar SK Permatang Tok Dik





Persekitaran Sekolah



Pondok Ilmu Di Pra Sekolah

Kantin Sekolah

Anjung Ilmu

Bangunan Pentadbiran Sekolah


Kolam Ikan Sekolah

Kebun Sayur Pendidikan Khas

3 comments:

  1. Sekolah saya dulu. Darjah satu tahun 1976. Sempat bersama guru besar Cik gu Md. Isa . Terlalu banyak kenangan yang tak mungkin dilupakan. Rindu serindu rindunya.....

    ReplyDelete
  2. Klau laa ada mana² source gambar² lama sekolah pmtg.tok dik nie especially gmbar guru² sekitar 70an-90an...

    ReplyDelete
  3. Pernah bersekolah di sini pada tahun 50an
    Kebetulan Saya cucu Hj Wan Teh bin Wan Mat Saman
    Syukur dengan perkembangan pesat

    ReplyDelete