Wednesday, 1 March 2017

Kontijen Olahraga PKG

TAHNIAH!!!!!


Sekalung Tahniah Buat Nur Syakira Ayuni kerana berjaya mendapatkan emas dalam 100m Perempuan dan di nobatkan sebagai Olahragawati PKG Padang Serai. Dan Kepada Syahmi tahniah juga pihak sekolah ucapkan untuk pingat gangsa 100m Lelaki. Terima Kasih Buat guru-guru yang bertugas dan Jurulatih yang banyak berkorban masa untuk melatih anak-anak disekolah.  Jasa guru-guru amatlah dihargai.






Monday, 27 February 2017

PELANCARAN BULAN ANTI DADAH 2017


BULAN ANTI DADAH 


Cabaran Dadah merupakan ancaman nombor 1 negara.  kegiatan penyalahgunaan dadah kian bertambah dan di tahap membimbangkan.  penyalahgunaan dadah bukan sahaja berlaku dikalangan golongan dewasa malah menular ke remaja, belia, warga emas dan kini pelajar sekolah termasuk murid sekolah rendah.  diperingkat sekolah rendah kegiatan merokok merupakan titik bermulanya gejala dadah.  justeru itu SK Permatang Tok Dik melancarkan Kempen Bulan Anti Dadah dan Belia Benci Rokok.

perasmian oleh Puan Guru Besar



antara gimik yang dilakonkan

antara gimik yang dilakonkan

antara gimik yang dilakonkan














Sunday, 26 February 2017

Pelancaran Program NILAM


Program NILAM


Pelancaran NILAM telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar Pn.Noraini Bt Selamat Pada 26 Februari 2017.  Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam diri murid-murid.  Program ini dijalankan setiap tahun dan beberapa aktiviti telah diaturkan oleh guru yang mengendalikan program NILAM.






















Sunday, 12 February 2017

Pendaftaran Tahun 1 ( Januari 2017)

Sesi pendaftaran tahun 1 2017 telah bermula pada awal bulan januari 2017. terima kasih kepada guru-guru yang telah menjayakan sesi pendaftaran dan kepada pentadbir yang menjayakan sesi taklimat pedaftaran tahun 1.









Sunday, 5 February 2017

"Program Jom Ke Sekolah"

6 Februari 2017 telah berlangsung perasmian "Program Jom Ke Sekolah" kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia. Acara ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Permatang Tok Dik Pn. Noraini dan Koperal Shahrom. Dalam majlis yang sama Peti Aduan Disiplin telah diaktifkan kembali untuk tahun 2017. Diharap pihak sekolah bersama komuniti padang serai serta waris dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.





Kursus Kepimpinan Pengawas Siri 1/2017

Baru-baru ini telah diadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Siri 1/2017.  Seramai 60 orang Murid terlibat antaranya Pengawas Disiplin, Pengawas ICT, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Surau dan Pengawas Bilik BOSS. Kursus ini telah berjalan dengan jayanya.





MERENTAS DESA PEMBUKAAN ACARA SUKAN 2017

Pada 26 Januari 2017 telah bermula pembukaan acara sukan 2017 dengan program merentas desa. Acara melibatkan mrid tahun 3 hingga tahun 6.