Saturday 26 January 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan rm100

Pada 22/01/2013 dan 23/01/2013 telah dijalankan aktiviti agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 untuk murid-murid. Aktiviti telah diadakan selama 2 hari.  sebanyak 1244 murid telah menerima bantuan khas tersebut. 




















Terima Kasih untuk Kerajaan Malaysia atas Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban rakyat.

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG



Tanggal 16 Januari 2013 Jawatankuasa Sekolah Penyayang telah melaksanakan Program Sekolah Penyayang. Aktiviti awal Program ini melibatkan aktiviti seperti gotong-royong membersihkan luar kawasan sekolah, Salam Pagi dan Bacaan Yassin oleh guru dan murid-murid.


Tujuan Program diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, prihatin, sikap tolenrasi, hemah tinggi dan lain-lain lagi dalam diri murid-murid dan guru-guru. Di samping itu, program ini dilaksanakan bertujuan untuk merealisasikan hasrat pihak sekolah dan waris dalam melahirkan insan pelajar yang mempunyai minda kelas pertama.

            Program ini telah dilancarkan oleh Puan Busheroh bt. Ishak, Guru Besar SK Permatang Tok Dik di Dewan Sekolah. Dalam ucapan ,beliau melahirkan hasrat agar semua murid dan guru dapat memainkan peranan yang sewajarnya dalam menjayakan Program Sekolah Penyayang. Beliau juga menyarankan agar semua warga SKPTD dan pihak waris mengambil bahagian dalam aktiviti yang akan dilaksanakan.

           

Aktiviti gotong-royong yang dilaksanakan pada pagi 16 januari  telah melibatkan pihak guru dan waris. Sambutan daripada pihak guru dan waris amat menggalakkan. Walaupun penat, namun semuanya berpuas hati  apa tah lagi apabila melihat keadaan di luar pagar sekolah kelihatan lebih bersih dan teratur.














            Taklimat tentang Program Sekolah Penyayang telah diadakan di dewan sekolah.Taklimat disampaikan oleh Puan Siti Hahdijah bt. Ariffin. Guru-guru lain yang terlibat dalam menyampaikan saranan termasuklah Puan Norliza bt. Md. Isa, Puan Nur Haraza bt. Ismail dan Encik Mohd. Noor b. Othman. Dalam taklimat yang disampaikan , murid-murid diingatkan supaya sentiasa peka dan mengambil berat tentang keceriaan dan kebersihan  sekolah dengan rasa kasih sayang.









Aktiviti Salam Pagi oleh guru bertugas dilaksanakan sebaik mungkin. Dengan konsep “Guru Penyayang” , hal ini dapat direalisasikan. Guru Bertugas menyambut dan bersalaman dengan murid-murid di hadapan pintu pagar utama sekolah.
 








Bacaaan Yassin guru dan murid-murid dilakukan pada setiap pagi, dapat menerapkan nilai estitika yang  cukup unik. Di dalam kelas guru masa pertama akan bersama-sama murid membaca doa dan membaca yassin. Alamdulilah.





diharap program-program sebegini dapat menjalinkan ukhwah antara guru dan murid, guru dan waris dan sesama manusia.